Isnin, Mac 19, 2012

Cinta Makin Dalam

Tak tau nak mula dari mana..
Yang aku tau, kitorang makin memahami perasaan masing2.

Semuanya berpunca dari perasaan aku.

Aku rasa aku dah terlampau banyak bergantung pada dia. Semua benda nak buat, aku nak tunngu dia. Even nak pergi kerja pon, dia yang hantar. Kalau dekat tu takpe gak, ni dia dari Gambang, nak kena keluar pagi-pagi, amik aku kat umah, anta gi keje kat Indera Mahkota, pastu pusing balik gi kerja kat Gambang. 6 hari seminggu, 24 hari sebulan, n ntah berapa hari setaun. Dia tak pernah mengeluh.

Tapi aku lak yang terasa. Terasa macam membebankan. Pastu mula r, perasaan2 negatif lain pon menempel. Kecik ati, rendah diri, tak disayangi.. ( pdhl x syg apa, kalau hari2 sanggup kehulu hilir camtu kan? )

Pertama kali dalam sejarah, dia betul2 bengang ngan aku. Dia tengking aku, marah aku...

Sedih giler bila kena tengking camtu. Hilang semua benda yang aku nak cakap kat dia.

Dia letak tpon, pas dia tanya macam2, tapi aku tak jawab. ( nak jwb pe, air mata mengalir dah macam air terjun )..

Aku call dia balik...

ABG JGN CAKAP PAPE, BIAR ORG CKP DLU! ORG XLEH DGR SORE ABG....! (tp aku terkedu. Giler xleh nak ckp pape pon )

AWAK TUNGGU KAT UMAH, SY NAK MANDI, PASTU G UMAH AWK TERUS! 

Masa tu dekat kul 9 mlm dah pon...
Aku pon xtau apa perasaan aku masa tu..
Bercampur aduk......

Dia smpi je umah aku malam tu, aku terus masuk kete. Sempat jugak dengar jawapan yang dia bagi kat mak bila mak tanya nak g mna.. 

ADA HAL CKIT NAK BINCANG, XTAU APA ANGIN DIA MALAM NI...

Masuk je dlm kete...berhambur marah dia. Macam2 yang dia tanya. Yang paling tak boleh belah, dia tanya sape yang racun aku.. B, tunang awak ni x mudah dpengaruhi sesiapa. Kalau dtg gila dia, tu sebab dia sndri tau??

Tapi aku lega sangat2 malam tu. Semua yang aku tak puas ati, semua aku keluarkan. Dari sikap dia yang suka amik mudah ngan apa yang aku ckap, sampai r ke perasaan rendah diri aku tu.

Alhamdulillah...dia boleh terima. Ayat dia yang paling sayu dan x mungkin dapat aku lupa sampai bila-bila..

AYG X PKIR KER SAKITNYA ATI ABG NI BLA DGR AYG CKP CAMTU? ABG NI TUNANG AYG KAN? ABG NAK LATIH DIRI ABG DGN AMIK SEMUA TANGGUNGJAWAB NI. AYG TAU X ABG ARI2 BERDOA AYG X DPT SEWA BILIK KAT IM TU, BIAR R ABG SUSAH, KENA BANGUN PAGI2 ANTA AYG G KEJE. KNA BERULANG JAUH2 XPE, JANJI ABG TAU AYG SELAMAT. AYG ADA DPN MATA ABG. ABG X KISAH SEMUA TU..

Maafkan ayg abg...ayg pentingkan diri sendiri...
Insyaallah, ayg janji x sakitkan ati abg lg ek?

Ya Allah...panjangkanlah jodoh kami hingga ke Jannah...Amin...


Hari Bos Takde

Hari ini bos adalah takde, g meeting kat KL.
Bos tingkat atas bawah adalah takde, maknanya....PARTY!!!!
Hahahaha....takde maknanya nak parti-party sangat ni, keje bertimbun lagi ado. Tapi tu keje orang r, keje aku, sikit-sikit je. Pe kes nak keje banyak-banyak macam bos kalau gaji setakat kerani ye tak? Xpe, abis degree aku ni, baru aku start keje standard bos-bos ek? *ayat berlagak.

Tapi ada gak partinya tadi. Celebrate besday Ms.Tan ni ha, dak dept. aku. kekonon seprais r.. Makan kek kopi...heaven!


Hari ni adalah hari yang mewah ngan makanan.

Pepagi bekfes ngan coklat.

Hasil order kat acik opis yang gi holiday kat Langkawi.     




















































































Tengahari lunch nasi kukus.

Petang bantai kek besday perisa kopi.

Hasilnya : Matlamat diet adalah kelauuuuuttttttt lagi......

 
Ahad, Mac 18, 2012

Kala Rindu Bertandang

Rindu giler kat dia arini.

RINDU, tapi MARAH.

Hurmmm... :-(
Sabtu, Mac 17, 2012

Entry Tak Bermakna

Cita-cita nak update blog setelah sekian lama bersawang,
tapi tak mampu,
sebab hidung adalah tidak berapa sihat,
oleh itu,
merencatkan penjanaan idea untuk mengalir keluar dari otak.

Semua gambar-gambar lama yang terperuk akan keluar,
dan diadun sedikit masa lagi,
harap makin sihat.



:- entry merapu macam mengharapkan kena maki je. hahaha